PKPD: Sekatan jalan di lapan laluan utama di Kedah

Polis melaksanakan sekatan jalan raya di lapan laluan utama berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat mukim di negeri ini.
Polis melaksanakan sekatan jalan raya di lapan laluan utama berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat mukim di negeri ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis melaksanakan sekatan jalan raya di lapan laluan utama berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat mukim di negeri ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, sekatan jalan raya berkenaan dilakukan bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Sekatan jalan dilakukan di lapan lokasi bagi memastikan tiada orang luar masuk dan orang dalam cuba keluar dari kawasan berkaitan.

"Namun, masih ada laluan tikus boleh dilalui mereka dan kita minta seboleh-bolehnya penduduk kawasan terbabit tidak keluar merata-rata hingga perkara itu selesai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Zainuddin berkata, selain mengekang penularan Covid-19, sekatan jalan juga dibuat bagi membanteras kes jenayah dan menjaga keselamatan awam.

Beliau bagaimanapun berkata, polis belum melihat ada keperluan untuk memasang pagar kawat duri buat masa di laluan terbabit.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan individu yang dikatakan diugut kerana menjadi punca penularan Covid-19 sehingga tercetusnya kluster Sivagangga.

Artikel Berkaitan: