STL 2020: Muhammad Faisal perkuat cabaran Johor Tigris

Johor Tigris meraikan kejayaan muncul juara STL Champions Cup 2019. - Foto FB SepakTakraw League
Johor Tigris meraikan kejayaan muncul juara STL Champions Cup 2019. - Foto FB SepakTakraw League
A
A
A

PENYANDANG juara Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup, Johor Tigris mempertaruhkan Muhammad Faisal Mohd Fuad dalam memperkuatkan cabaran pasukan selatan tanah air itu bagi saingan STL 2020 yang dijangka bermula di Stadium Titiwangsa pada September depan.

Menurut Ketua Jurulatih Johor Tigris, Ahmad Jais Baharun, Muhammad Faisal yang juga produk Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar berusia 19 tahun dari Pulau Pinang melengkapkan enam kuota pemain yang lima daripadanya dibarisi pemain lama.

“Kehadiran Muhammad Faisal di posisi tekong secara tidak langsung akan membantu Mohd Muqlis Burhan dan Muhammad Noraizat Nordin sekali gus memberikan impak kepada cabaran pasukan musim ini.

“Biarpun ini musim pertama Faisal di kancah STL, namun Muhammad Faisal pernah beraksi bersama dengan Muqlis Burhan dan Noraizat Nordin dalam beberapa kejohanan tempatan lain.

“Jadi saya tidak begitu bimbang mengenai tempoh masa untuk membentuk adunan dalam kalangan mereka untuk membawa cabaran Johor Tigris musim ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagi musim ini turut memperkuatkan cabaran Johor Tigris adalah Wafin Iskandar Abd Hadi, Muhamad Farid Abdul Aziz serta Muhamad Ashraf Azizan selain Muqlis, Noraizat dan Faisal.

Artikel Berkaitan: