X

Kindly register in order to view this article
!

Belanjawan 2021 akan perkukuh belia

Tenku Zafrul Tengku Abdul Aziz
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuh golongan belia supaya lebih berjaya termasuk dari segi pendidikan menerusi Belanjawan 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, belanjawan tersebut dijadualkan dibentangkan pada 6 November ini.

Menurutnya, selain menjadi penyumbang utama hala tuju pembangunan negara, belia juga kumpulan paling ramai membantu masyarakat yang terkesan ketika pandemik koronavirus (Covid-19) melanda negara.

Katanya, kerajaan juga menyedari bahawa belia memerlukan sokongan dari segi pendidikan awam baik serta ekonomi yang dapat memberi mereka peluang untuk berdikari serta berjaya.

"Peluang perlu disediakan untuk semua, sama ada berkelulusan akademik atau vokasional. Semua ini akan diperincikan semasa penyediaan Belanjawan 2021.

"Sehubungan itu, saya ingin menjemput seluruh rakyat termasuk belia untuk berkongsi idea dan cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk Belanjawan 2021. Boleh emelkan terus kepada kementerian di [email protected],” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Wawancara Felow Perdana bertajuk 'Belia: Ekonomi & Masa Depan Negara' terbitan Kementerian Kewangan dengan kerjasama Bernama TV, hari ini.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata, kementerian itu juga merancang untuk menyediakan platform bagi membolehkan golongan belia meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan kewangan.

"Ilmu kewangan amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan masing-masing. Oleh itu, saya memang galakkan belia untuk menimba ilmu dalam bidang itu," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus