Ragbi Asia: Tiada kejohanan tahun ini

Ragbi Asia membatalkan semua kejohanan kalender tahun ini anjuran badan induk ragbi Asia itu yang bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember depan berikutan pandemik Covid-19.
Ragbi Asia membatalkan semua kejohanan kalender tahun ini anjuran badan induk ragbi Asia itu yang bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember depan berikutan pandemik Covid-19.
A
A
A

RAGBI Asia membatalkan semua kejohanan kalender tahun ini anjuran badan induk ragbi Asia itu yang bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember depan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini masih belum menunjukkan pengurangan.

Menurut Presiden Ragbi Asia, Qais al Dhalai, keputusan diambil jawatankuasa eksekutif itu mengambil kira keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan komuniti ragbi di rantau Asia.

"Keputusan Ragbi Asia berdasarkan maklum balas dari Jawatankuasa Pertandingan, Jawatankuasa Kebajikan dan Perubatan Pemain serta kumpulan kerja Covid-19 selaras garis panduan ditetapkan Ragbi Dunia.

"Setelah proses perundingan yang komprehensif serta dialog yang membina dengan tuan rumah, diputuskan semua pertandingan yang akan berlangsung pada suku keempat 2020 tidak akan berlangsung kerana pandemik Covid-19," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: