Pasukan polis dijangka guna kamera badan tahun ini

Saifuddin ketika Program Town Hall di Kompleks Karangkraf pada Isnin. - FOTO ROSLI TALIB
Saifuddin ketika Program Town Hall di Kompleks Karangkraf pada Isnin. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka menggunakan kamera badan pada tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia merupakan ikhtiar yang dilakukan kementeriannya untuk meningkatkan integriti dalam bahagian penguat kuasa.

“Bajet sudah tersedia. Insya-ALLAH kalau tiada halangan, tahun ini juga pasukan polis, unit rondaan, bahagian trafik ataupun pasukan special force lengkap dengan kamera.

“Ini sebagai ikhtiar kita bersedia untuk menerima pakai teknologi. Itu saya maksudkan untuk meningkatkan integriti, ikhtiar untuk mengatasi soal beberapa kelemahan. Itu usaha berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang diadakan di Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Sebelum ini, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk perolehan kamera badan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) 2021 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi kegunaan penugasan harian anggota PDRM.

Menurut KDN, kamera badan itu akan digunakan oleh anggota PDRM yang bertugas di lapangan terutama bagi Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal Polis (URB) serta rondaan jalanan polis di 157 buah Ibu pejabat polis daerah (IPD) seluruh negara.

Katanya, sejumlah 7,648 unit kamera badan dirancang untuk diperolehi dengan anggaran harga di antara RM2,000 hingga RM2,500 seunit.

Dalam masa sama, Saifuddin Nasution berkata, tujuan pemasangan kamera badan juga bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan orang awam terhadap penguat kuasa selain mengumpulkan bukti sekiranya berlaku kes tertentu.

“Kita bukannya mencari alasan bahawa pasukan polis tidak perlu diawasi. Polis sambut baik keputusan ini. Ini usaha yang berterusan untuk meningkatkan badan penguatkuasa,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Town Hall Rakyat diteruskan lagi

ARTIKEL BERKAITAN:Pasukan polis dijangka guna kamera badan tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN:Sistem parol kurangkan kes banduan kembali ke penjara

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan sasar lulus 10,000 permohonan warganegara

ARTIKEL BERKAITAN:'Saya belum puas hati kejayaan atasi isu scammer' - Saifuddin

ARTIKEL BERKAITAN:Pasport: Hanya 40 peratus bagi perjalanan, selebihnya simpan