Takaful Malaysia catat pertumbuhan keuntungan

Takaful Malaysia
Takaful Malaysia
A
A
A
TAKAFUL Malaysia mencatatkan prestasi kewangan baik bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 dengan rekod pertumbuhan keuntungan bersih meningkat sebanyak 43 peratus.

Dalam satu kenyataan, kumpulan melaporkan peningkatan keuntungan selepas cukai dan zakat (PATZ) sebanyak RM292.6 juta berbanding RM205.1 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Katanya, jumlah sumbangan kasar mencatatkan peningkatan sebanyak 26 peratus iaitu RM2.32 bilion, berbanding RM1.83 bilion pada tahun 2017. Pendapatan operasi Kumpulan untuk 2018 meningkat sebanyak 23 peratus iaitu RM2.64 bilion daripada RM2.14 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan yang lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (dahulunya dikenali sebagai Syarikat Takaful Malaysia Berhad),

Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil berkata, prestasi sterling kumpulan menandakan satu lagi pencapaian pecah rekod Kumpulan untuk tahun ini dengan keuntungan bersih melepasi penanda aras RM250 juta.

"Kami amat berbangga kerana berjaya meraih set keputusan yang cemerlang untuk tahun 2018. Peningkatan besar pada keuntungan ini adalah hasil jualan yang lebih tinggi dari kedua-dua perniagaan Keluarga dan Takaful Am, pengunderaitan yang lebih baik serta pendapatan yuran Wakalah bersih hasil daripada pertumbuhan perniagaan keseluruhan yang kukuh sebanyak 32 peratus bagi perniagaan Keluarga dan Takaful Am.

"Pulangan Ekuiti Kumpulan melepasi rekod 30 peratus dengan pencapaian sebenar sebanyak 32.7peratus berbanding 26.7 peratus pada 2018, sejajar dengan keuntungan bersih rekod yang dicapai. Perolehan sesaham (EPS) meningkat kepada 35.79 sen berbanding 25.13 sen pada tahun lalu. Jumlah saiz aset kami telah meningkat sebanyak 9% iaitu RM8.93 bilion daripada RM8.19 bilion pada tahun kewangan sebelumnya," katanya.

Tambahnya, Takaful Malaysia mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 15.0 sen sesaham biasa berjumlah RM123.6 juta pada 11 Disember 2018. Ini diterjemahkan ke dalam hasil dividen sebanyak 4 peratus berdasarkan harga penutup saham syarikat sebanyak RM3.80 pada 31 Disember 2018.

"Jumlah dividen interim yang diisytiharkan mewakili nisbah pembayaran kira-kira 42 peratus daripada keuntungan bersih yang dijana untuk tempoh berakhir 31 Disember 2018.
Artikel Berkaitan:


"Kami mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan Takaful Keluarga dengan catatan sumbangan kasar sebanyak RM1.6 bilion. Ini adalah impak daripada peningkatan portfolio berkaitan kredit yang mengukuhkan lagi pertumbuhan industri perbankan Islam tempatan seterusnya menjana permintaan tinggi terhadap produk takaful.

"Produk Takaful Am kami menyaksikan lonjakan kuantum sebanyak 20%, mengatasi rakan industri serta insurans konvensional dengan jumlah sumbangan kasar sebanyak RM709 juta. Lonjakan ini diperolehi hampir sepenuhnya dari rangkaian produk kebakaran dan motor, selain daripada strategi digital berterusan dan portal jualan dalam talian Click for Cover yang terus memberikan sokongan untuk pemerolehan pelanggan," katanya.