X

Kindly register in order to view this article
!

Mohon JPM, dapatkan perintah mahkamah dahulu

Laporan kes bayi ditemui di atas bumbung rumah yang dilaporkan Sinar Harian sebelum ini.
A
A

PASIR SALAK - Waris bayi lelaki yang dicampak ke atas bumbung sebuah rumah teres di Taman Seri Dermawan, Bercham, Ipoh pada 18 Julai lalu, perlu memohon kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu sekiranya mahu menjaga bayi berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, pihaknya mendapat maklumat waris bayi berkenaan mahu mendapatkan hak penjagaan apabila bayi itu telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital.

"Saya difahamkan keluarga bayi itu memohon untuk menjaga bayi tersebut tetapi pihak JKM akan meneliti permohonan mengikut kesesuaian dari segi keadaan persekitaran dan perhubungan antara waris, sama ada sesuai untuk diserahkan atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi baru lahir ditemui atas bumbung rumah

Bayi dicampak atas bumbung rumah kini kritikal

"Pada kebiasaannya, bayi itu akan ditempatkan di rumah (kebajikan) kanak-kanak di bawah seliaan JKM terlebih dahulu sehingga selesai permohonan (hak penjagaan), sekiranya berjalan lancar, bayi itu akan diserahkan kepada waris yang berkaitan," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Aidiladha Bersama Rakyat di Kampung Seri Puteh, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bayi yang baru dilahirkan itu dipercayai dicampak dari bilik berketinggian kira-kira sembilan meter oleh ibu kandungnya, seorang remaja berumur 16 tahun.

Bayi itu yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kini dilaporkan stabil dan dalam pemantauan pihak hospital. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!