X

Kindly register in order to view this article
!

Angkasa mohon kerajaan lanjut tempoh pinjaman kepada 20 tahun

Abdul Fattah Abdullah
A
A

PETALING JAYA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) memohon kepada Kementerian Kewangan untuk memanjangkan had tempoh bayaran semula pinjaman termasuk pembiayaan peribadi daripada 10 tahun kepada 20 tahun.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya telah menghantar surat permohonan itu pada 21 April lepas susulan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara.

Beliau berkata, permohonan itu mampu memanfaatkan lebih 1.2 juta peminjam yang terdiri daripada penjawat awam.

“Bila dipanjangkan tempoh had pembiayaan, pihak bank boleh membuat penjadualan semula terhadap pinjaman berkenaan.

“Permohonan Angkasa ini adalah suara rakyat, bukan kepentingan perniagaan dan dengan cara ini juga kuasa membeli akan dapat ditingkatkan,” katanya selepas program penyerahan sumbangan barang keperluan harian sempena Program Coop Care Jelajah Santuni Asnaf di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Fattah menyampaikan bantuan berupa keperluan harian kepada 70 asnaf di sekitar kawasan Kelana Jaya, di sini.

Program dengan kerjasama Masjid Tabung Haji Kelana Jaya merupakan siri program tanggungjawab sosial koperasi Coop Care Angkasa yang telah dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang hilang punca pencarian dan terputus bekalan makanan.

- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!