X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

4,542 syarikat gulung tikar dalam tempoh 4 bulan

Rosol Wahid
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,542 permohonan penamatan perniagaan telah diterima Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tempoh 1 April hingga 19 Julai tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, daripada jumlah itu, bulan Jun merekodkan penutupan syarikat tertinggi iaitu sebanyak 1,592.

Menurutnya, berdasarkan statistik tempoh sama, SSM merekodkan jumlah perniagaan baharu yang didaftarkan jauh melebihi jumlah permohonan perniagaan iaitu sebanyak 95 peratus.

"Sebanyak 82,555 perniagaan baharu telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab pertanyaan Tan Kok Wai (PH-Cheras) berhubung jumlah perniagaan yang menggulung perniagaan mereka dalam tempoh empat bulan tersebut.

Mengulas mengenai jumlah perniagaan baharu didaftarkan, Jun merekodkan bilangan tertinggi iaitu 39,931 syarikat.

"Ia diikuti bulan Julai sebanyak 29,834 syarikat, manakala Mei pula adalah sebanyak 10,936," katanya.

Tambah beliau, April pula merekodkan sebanyak 1,854 syarikat baharu didaftarkan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!