Isu Eagle High, Felda telah dibawa ke Prosiding Timbang Tara di Singapura

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu berkaitan PT Eagle High Plantations TPK (Eagle High) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah dibawa ke Prosiding Timbang Tara di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu sebagai menghormati prosiding kes berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan daripada Tony Pua (DAP-Damansara) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau ingin tahu syarat-syarat utama pembelian saham Eagle High oleh Felda yang bernilai USD505 juta dan tindakan Felda untuk menuntut kembali pelaburan berkenaan melalui ‘put option’ yang dimaktubkan dalam perjanjian yang telah dimeterai.

Pada April tahun lalu, Felda telah mengemukakan notis untuk menjual balik 37 peratus pegangan dalam Eagle High kepada PT Rajawali Capital International.

Bagaimanapun, katanya, PT Rajawali Capital International mencabar penjualan balik itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: