X

Kindly register in order to view this article
!

Percaya kepada sistem perundangan, kehakiman negara: Muhyiddin

Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pihak agar terus meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan dan kehakiman negara sebagai institusi yang bebas serta berkecuali.

Jelas beliau, kerajaan mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

"Kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan menggesa semua pihak agar terus meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan serta kehakiman negara sebagai institusi yang bebas dan berkecuali.

"Saya memahami perasaan dan sentimen rakan-rakan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah, namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan menghormati hak Najib untuk merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.

"Sama-samalah kita beri ruang kepada proses undang-undang untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan," ujar beliau.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!