Anggota penguat kuasa KPDNHEP di Malaysia masih tidak mencukupi

Rasol (tiga,kanan) memberi kata-kata semangat kepada 37 pegawai GredKP41 yang tamat kursus selepas Majlis Perasmian majlis Protokol Tamat Latihan dan Amanat Menteri KPDNHEP kepada Pegawai Lantikan Baharu GredKP41 di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, hari ini.
Rasol (tiga,kanan) memberi kata-kata semangat kepada 37 pegawai GredKP41 yang tamat kursus selepas Majlis Perasmian majlis Protokol Tamat Latihan dan Amanat Menteri KPDNHEP kepada Pegawai Lantikan Baharu GredKP41 di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, hari ini.
A
A
A

ALOR GAJAH - Bilangan pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam negara masih tidak mencukupi lalu akan ditambah dari masa ke masa.

Timbalan Menterinya, Datuk Rasol Wahid berkata, setakat ini kementerian itu hanya mempunyai seramai 2,300 orang dan daripada jumlah itu 30 hingga 40 peratus merupakan golongan profesional termasuk mereka yang berkelulusan dari luar negara.

Menurutnya, bertepatan keadaan semasa, kementerian bercadang menambah bilangan profesional bagi memenuhi keperluan semasa memandangkan penduduk semakin bertambah selain skop tugasan juga semakin meluas terutama dalam penugasan penguatkuasaan.

"Dengan dunia di hujung jari ada pelbagai tugas mencabar dan KPDNHEP memerlukan lebih ramai golongan profesional termasuk memantau kes penipuan scam dan sebagainya yang melibatkan jumlah kerugian wang ringgit.

"Oleh itu tugas semakin banyak dan kapasiti 2,300 orang tidak mencukupi bagaimanapun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menentukan pertambahan itu dari masa ke masa termasuk melibatkan golongan profesional," katanya kepada pemberita ketika menyempurnakan majlis Protokol Tamat Latihan dan Amanat Menteri KPDNHEP kepada Pegawai Lantikan Baharu GredKP41 di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengarah Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman.

Terdahulu seramai 37 pegawai penguat kuasa berjaya menamatkan kursus selama 28 hari dan 20 daripadanya merupakan pegawai kenaikan pangkat GredKP41 dan selebihnya pegawai lantikan baharu.

Dalam perkembangan lain, Rasol berkata, bilangan anggotanya yang terbabit dalam kes rasuah juga sangat minima namun turut mengingatkan supaya mereka terus mempertingkat integriti serta menjauhi rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Artikel Berkaitan:

"Kita sama sekali tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mereka yang didapati terlibat dalam kes seumpama itu," katanya.