UniMAP pertingkat prasarana digital universiti

Mazlan (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan PDSA antara UniMAP diwakili oleh Badlishah (kiri) dan MAMPU diwakili oleh Yusof di Kuala Lumpur semalam.
Mazlan (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan PDSA antara UniMAP diwakili oleh Badlishah (kiri) dan MAMPU diwakili oleh Yusof di Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi universiti pertama di negara ini yang menjalinkan kerjasama strategik dan libat urus bagi perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Naib Canselor UniMAP, Profesor Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata, kerjasama itu akan memacu kecemerlangan dan kemudahan prasarana digital di universiti berkenaan selaras dengan Agenda Transformasi Digital UniMAP yang dirancang sejak tahun lepas.

Menurutnya, antara inisiatif lain yang dilaksanakan pihak universiti termasuk transformasi e-mel rasmi staf dan pelajar menggunakan perkhidmatan e-mel percuma GSUITE For Education yang disediakan Gmail serta kampus tanpa tunai bermula pada istiadat konvokesyen yang lalu.

“UniMAP juga menaik taraf capaian talian jalur lebar daripada kelajuan 2Gbps kepada 10Gbps yang merupakan sebahagian inisiatif memperkasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Mazlan (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan PDSA antara UniMAP yang diwakili oleh Badlishah (kiri) dan MAMPU diwakili oleh Yusof di Kuala Lumpur semalam.
Mazlan (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan PDSA antara UniMAP yang diwakili oleh Badlishah (kiri) dan MAMPU diwakili oleh Yusof di Kuala Lumpur semalam.

“Satu lagi inisiatif ialah menyediakan platform Blockchain (e-verifikasi) yang menawarkan modul skrol, transkrip, data pelajar dan staf.

“Pusat Data PDSA MAMPU di empat lokasi bakal menyaksikan 95 peratus sistem aplikasi di UniMAP dipindahkan ke perkhidmatan awam,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian PDSA antara UniMAP dan MAMPU di sini semalam.

Pada majlis tersebut, Badlishah mewakili UniMAP manakala MAMPU diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Yusof Ismail dengan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Mazlan Yussoff yang mewakili Menteri KPT.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Raja Datuk Azwane Raja Ariff dan Ketua Pegawai Digital UniMAP, Profesor Ir Dr Anuar Mat Safar.

Mengulas lanjut, Badlishah berkata, kerjasama tersebut memberi manfaat kepada UniMAP dalam mengurangkan kos penyelenggaraan perkakasan ke sistem dengan maklumat yang boleh diakses di mana sahaja tanpa mengira masa.

“Semua server dan data yang berkaitan akan disimpan di cloud storage di PDSA yang tiada had storan selain mampu menjimatkan kos disaster recovery dan kemas kini perisian VMWare,” katanya.