Banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun

Sebatang kayu balak hanyut dipercayai dibawa arus deras ditemui selepas air banjir surut.
Sebatang kayu balak hanyut dipercayai dibawa arus deras ditemui selepas air banjir surut.
A
A
A

SIK- Penduduk menganggap banjir lumpur yang melanda Kampung Lubuk Tualang sejak Sabtu lalu, antara kejadian terburuk dalam tempoh 30 tahun dihadapi mereka.

Rokiah Kulop, 70, misalnya berkata, kedudukan rumahnya yang terletak kira-kira 10 meter dari anak sungai, menyebabkan air naik dengan cepat sehingga paras lutut biarpun hanya dalam tempoh dua jam hujan lebat.

"Tak sampai dua jam, air naik sehingga paras lutut, dah dua malam berturut-turut kami mandi lumpur, habis perabot dan barang dalam rumah rosak," katanya.

Menurutnya, kejadian banjir sering berlaku setiap tahun namun selepas dua atau tiga hari hujan lebat, bagaimanapun, kali ini, air naik dengan cepat sekali.

Katanya, kejadian banjir lumpur dua kali berturut-turut telah menyebabkan banyak perkakas rumah yang telah dicuci, kotor kembali.

Kayu balak yang dihanyutkan air ketika banjir.
Kayu balak yang dihanyutkan air ketika banjir.

Dakwanya, besar kemungkinan, ia berpunca daripada kegiatan pembalakan tidak jauh dari kawasan kampung terbabit.

Ini berikutan penemuan sebatang kayu balak yang dihanyutkan air ditemui berdekatan rumah penduduk.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Md Isa Shafie berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurutnya, projek pembalakan berdekatan kawasan itu telah diberi kelulusan oleh kerajaan negeri terdahulu.

"Kita akan cari kaedah terbaik untuk mengurangkan masalah ini, untuk bantuan awal bagi mengurangkan beban, kita sudah menyerahkan keperluan asas berbentuk makanan kepada penduduk terjejas banjir," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sungai di daerah Sik di paras bahaya