Covid-19: Tujuh jangkitan baharu dicatat di Johor semalam

R Vidyananthan
R Vidyananthan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melaporkan tujuh kes baharu jangkitan koronavirus (Covid- 19) sehingga semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri Johor ialah sebanyak 737 kes.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, daripada jumlah itu, 38 kes merupakan kes aktif yang masih dirawat namun tiada kes kematian direkodkan.

"Sehingga semalam, jumlah kes kumulatif sembuh di Johor adalah sebanyak 678 kes manakala jumlah kumulatif kes kematian di negeri ini kekal seramai 21 orang.

"Seramai 84 individu di bawah pemantauan ( PUS) dikuarantin di dua pusat kuarantin iaitu Hotel Ramada Iskandar Puteri dan Malaysia Productivity Corporation (MPC)," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

R Vidyananthan menambah seramai 33 individu yang telah telah memasuki negara melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negeri Johor, semalam.

"Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) yang terlibat bagi kemasukan tersebut ialah Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dengan jumlah 10 orang, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dengan jumlah satu orang, dan Pelabuhan Pasir Gudang dengan jumlah 22 orang," katanya.

Dalam pada itu menurutnya, Pasukan Khas Operasi Pematuhan yang ditubuhkan telah membuat pemeriksaan di 3,208 buah premis dan 22 tangkapan dibuat

atas kesalahan ingkar PKPP semalam.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan membabitkan seramai 3,323 anggota terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Rela, Angkatan Pertahanan Awam ( APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sebanyak 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan sejumlah 1,696 pemeriksaan premis telah dilakukan melibatkan kekuatan anggota seramai 501 orang.

"Daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 91 jumlah notis/amaran kompaun dikeluarkan dan tiada tangkapan dibuat," katanya.