Tinggalkan Umno, ayuh sertai Bersatu

Ulya Aqamah
Ulya Aqamah
A
A
A

SHAH ALAM - Sekiranya Umno serius dalam menjaga hal ehwal orang Melayu seharusnya

parti itu dibubarkan dan ahli-ahlinya menyertai Bersatu.

Ketua Penerangan Armada Nasional, Ulya Aqamah Husamudin berkata, ini kerana Bersatu merupakan satu-satunya parti Melayu dalam saf kepimpinan Kerajaan Malaysia.

"Tambahan pula dengan kemelut perpecahan BN, kepimpinan tertinggi yang cacamarba, ahli-ahli yang berbondong-bondong meninggalkan parti, Umno hanya tinggal pada nama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ulya berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan Bersatu masih tidak mempunyai matlamat tersendiri selepas berjaya menyingkirkan bekas Presiden Umno yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada PRU lalu.

Asyraf Wajdi berkata, ini kerana selain menyingkirkan Najib, matlamat parti itu hanya untuk menumbangkan Umno sebagai parti keramat Melayu di negara ini.

Justeru, Asyraf Wajdi menegaskan bahawa Bersatu boleh tutup parti sebab matlamat tercapai dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai Umno.

Mengulas lanjut, Ulya menyeru agar ahli-ahli Umno berhijrah menyertai Bersatu dan meninggalkan budaya lama dan memperkasakan Bersatu demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Artikel Berkaitan: