Pelajar UUM sahut cabaran di ULDP

Muhammad Saniy bersiaran secara atas talian dalam program Axiata di rumahnya di Pantai Halban, Jitra.
Muhammad Saniy bersiaran secara atas talian dalam program Axiata di rumahnya di Pantai Halban, Jitra.
A
A
A

SINTOK - Seorang pelajar Sarjana Muda Kewangan, Universiti Utara Malaysia Muhammad Saniy Samsudin, 22, menyahut cabaran membina potensi diri menyertai Axiata Foundation University Leadership Development Programme (ULDP) 2020 bermula 13 Julai lalu.

Muhammad Saniy mengakui berbangga apabila terpilih menyertai program yang diketahui agak sukar untuk menjadi sebahagian peserta program berikutan persaingan yang sengit.

Pelajar itu juga nekad mahu mengambil peluang itu untuk mengasah bakat kemahiran kepimpinan dan membina kemahiran kritikal seperti komunikasi, pemikiran kritis serta kreativiti yang meningkatkan prospek kerjaya.

"Selain itu saya turut berpeluang membina jaringan dengan rakan-rakan dari pelbagai negara yang berbeza latar belakang," katanya.

Muhammad Saniy (dua dari kanan) ketika menjayakan projek smartskills barbershop antara Inapan Siswa TNB UUM dan Giatmara Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Muhammad Saniy (dua dari kanan) ketika menjayakan projek smartskills barbershop antara Inapan Siswa TNB UUM dan Giatmara Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Menurutnya, sepanjang program berkenaan beliau bersama peserta lain didedahkan dengan tugasan mencabar seperti cabaran perniagaan, sidang media dan belajar daripada ahli perniagaan melalui sesi kepemimpinan dan perkongsian pengetahuan.

"Saya sangat menghargai peluang ini dan mengucapkan terima kasih kepada UUM serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar kerana memberi sokongan sehingga saya dapat menyertai ULDP ini," katanya.

ULDP adalah program pengembangan kepimpinan untuk pelajar Malaysia yang belajar di dalam atau luar negara dengan memberi peluang untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan kritikal yang diperlukan.

Artikel Berkaitan:

Berikutan penularan pandemik Covid-19, program yang bermula dari 13 Julai hingga semalam itu dijalankan secara dalam talian.