Liga Hoki Kuala Lumpur barakan kembali arena hoki ibu kota

Megat Shahriman (kiri) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa KLHA kali kedua bagi penggal 2019-2020 hari ini.
Megat Shahriman (kiri) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa KLHA kali kedua bagi penggal 2019-2020 hari ini.
A
A
A

PERSATUAN Hoki Kuala Lumpur (KLHA) dijadual menganjurkan Liga Hoki Kuala Lumpur yang lebih tersusun dari September hingga Disember ini dalam usaha mencungkil bakat baharu dan merancakkan lagi industri sukan itu.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, cadangan yang dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa KLHA kali kedua bagi penggal 2019-2020 itu memutuskan untuk menganjurkan kejohanan selama empat bulan berkenaan dengan membabitkan penyertaan kira-kira 40 pasukan.

"Ada lebih kurang 40 pasukan yang beraksi dalam tiga liga - Liga Perdana, Divisyen Satu dan Divisyen Dua. Untuk ini kita mengharapkan ada 40 pasukan yang bermain selama empat bulan dan daripada situ, kita dapat mencungkil bakat dan memastikan kelab di Kuala Lumpur boleh berdaya saing.

"Di Kelab Hoki Kuala Lumpur ini, kita mempunyai fasiliti yang besar dan kita mengharapkan permainan hoki ini tidak lenyap kerana Covid-19 dan kita nak tunjukkan kepada masyarakat yang kita masih boleh bersukan namun mengikut syarat dan norma baharu," kata Megat pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan hari ini.

Mengulas lanjut Megat berkata, dua venue menjadi keutamaan adalah di Stadium Hoki Kuala Lumpur dan Tun Razak selain Bukit Jalil menjadi pilihan alternatif.

Selain Liga Hoki Kuala Lumpur, KLHA yang mula dianjurkan pada 1983 turut akan menganjurkan Karnival Veteran yang dijadual berlangsung pada 31 Ogos depan.

Artikel Berkaitan: