Kerajaan peruntuk RM13.9 bilion bantu usahawan Malaysia

Mas Ermieyati (tengah) pada sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di Bangunan Malakat Mall, Masjid Tanah di sini hari ini.
Mas Ermieyati (tengah) pada sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di Bangunan Malakat Mall, Masjid Tanah di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) memperuntukkan sejumlah RM13.9 bilion untuk menjayakan 91 program sebagai inisiatif membantu usahawan di Malaysia.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, setakat ini, kira-kira 5.3 juta usahawan sudah dibantu melalui pembiayaan, program dan latihan koperasi.

Bagaimanapun, katanya, usahawan perlu mempunyai daya tahan dan kesediaan selain faktor sekeliling yang saling dapat membantu meningkatkan perniagaan mereka.

"Banyak yang telah kerajaan lakukan untuk membantu, namun yang lebih penting ialah sikap usahawan itu sendiri," katanya selepas merasmikan program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di Malakat Mall, Masjid Tanah di sini hari ini.

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, pihaknya menyambut baik kewujudan Malakat Mall kedua di Masjid Tanah selepas Cyberjaya sebagai batu loncatan untuk membantu ekonomi masyarakat setempat di kawasan itu.

Menurutnya, secara tidak langsung akan memberi peluang kepada usahawan Muslim Masjid Tanah untuk berniaga dan mempromosikan produk mereka selain menyediakan peluang kerja kepada anak tempatan.

Kata beliau, pelaburan strategik Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) di Malakat Mall adalah langkah tepat dan mampu memenuhi tanggungjawab besar untuk menambah ekuiti orang Melayu dalam peruncitan.

"Saya harap ia akan dapat merancakkan aktiviti ekonomi setempat dengan memberi peluang-peluang pekerjaan dan juga urusniaga kepada ramai usahawan," katanya.

Artikel Berkaitan: