X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Gundam robot gergasi Jepun

Repilka Gundam yang merupakan robot gergasi yang sedang dalam pembinaan di Tokyo.
A
A

YOKOHAMA - Jepun merupakan negara yang terkenal dengan pelbagai ciptaan sains dan teknologi sehingga mengagumkan dunia.

Justeru, tidak hairanlah jika terdapat sebuah robot humanoid gergasi yang canggih sedang dibina di selatan bandar raya Tokyo.

Menurut portal kejuruteraan, Interesting Engineering pada 22 Julai lalu, kerja-kerja bagi membina robot yang dikenali dengan nama Gundam setinggi 18.2 meter itu masih diteruskan walaupun negara itu dibelenggu dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

Ia yang pernah popular dalam sebuah siri kartun di televisyen di beberapa buah negara pada tahun 1970an dijadualkan dipamerkan kepada orang awam di Kilang Gundam Yokohama mulai 1 Oktober ini.

Menerusi satu rakaman video di YouTube baru-baru ini, beberapa pekerja dilihat menaiki sebuah kren bagi melakukan kerja-kerja pembinaan robot tersebut.

Ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja pembinaan, kedua-dua kaki dan perut robot tersebut kelihatan bergerak-gerak.

Bagaimanapun, ia masih tidak mempunyai kepala.

Apabila siap, robot tu dikatakan boleh berjalan dengan menggunakan alat kawalan dan keseluruhan beratnya boleh mencecah 25 tan. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!