China mungkin tutup konsulat AS di Chengdu

Beijing sedang mempertimbangkan untuk menutup konsulat Amerika Syarikat (AS) di barat daya bandar Chengdu sebagai tindak balas penutupan misi China di Houston
Beijing sedang mempertimbangkan untuk menutup konsulat Amerika Syarikat (AS) di barat daya bandar Chengdu sebagai tindak balas penutupan misi China di Houston
A
A
A

BEIJING - Beijing sedang mempertimbangkan untuk menutup konsulat Amerika Syarikat (AS) di barat daya bandar Chengdu sebagai tindak balas penutupan misi China di Houston, lapor agensi berita Sputnik memetik akhbar South China Morning Post pada Khamis.

Pada Rabu, agensi berita Reuters melaporkan, Beijing juga sedang mempertimbangkan untuk menutup konsulat AS di Wuhan. Bagaimanapun, ketua editor akhbar rasmi Times China, Hu Xijin, mengatakan menutup konsulat Wuhan bukanlah satu langkah yang tegas memandangkan AS sudah membawa pulang staf misi itu selepas pandemik Covid-19 menular di China.

Selain misi di Wuhan dan Chengdu, AS mempunyai konsulat di Guangzhou, Shanghai dan Shenyang serta konsulat untuk Hong Kong dan Macau.

Menurut South China Morning Post, misi di Chengdu mempunyai kepentingan strategik dan penutupannya akan meruncingkan lagi hubungan yang sudah tegang antara Washington dan Beijing. Misi itu meliputi wilayah barat daya negara berkenaan, termasuk Sichuan, Yunnan, Guizhou, wilayah autonomi Tibet dan Chongqing.

Kerajaan AS mengarahkan China meninggalkan premis diplomatik di Houston pada akhir minggu ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin kemudian meminta Washington membatalkan keputusan itu sambil menambah andai diteruskan, Beijing akan bertindak balas.

Sementara itu, Presiden Donald Trump pada sidang akhbar di Rumah Putih berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan menutup beberapa lagi misi diplomatik China di AS. - Bernama

Artikel Berkaitan: