Objek serupa bom ditemui di tempat pembuangan sampah

Objek menyerupai bom dijumpai di tempat pembuangan sampah di Taman Sentosa, hari ini.
Objek menyerupai bom dijumpai di tempat pembuangan sampah di Taman Sentosa, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu objek menyerupai bom ditemui orang awam di tempat pembuangan sampah di Taman Sentosa di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai penemuan objek itu pada jam 12.20 tengah hari.

"Kita telah memanggil pihak Forensik Bukit Aman bersama Unit Bom Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan.

"Kita telah berjaya memindahkan objek itu ke kawasan yang lebih selamat untuk dimusnahkan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zairulnizam berkata, hasil siasatan awal objek itu dipercayai bom dummy yang digunakan untuk latihan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Polis Brickfields di talian 03-22979222 untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: