X

Kindly register in order to view this article
!

Trump gelar diri patriotik kerana pakai topeng muka

Trump memakai topeng muka semasa lawatannya ke Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed awal bulan ini.
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dirinya memakai pelitup muka dan menyifatkan ia sebagai satu tindakan patriotik.

“Kita bersatu dalam usaha mengalahkan virus dari China dan ramai orang mengatakan pemakaian topeng muka adalah patriotik apabila anda tidak dapat menjaga penjarakkan sosial.

“Tiada siapa yang lebih patriotik daripada saya, presiden kegemaran anda!” ciapnya di Twitter.

Gambar tersebut menunjukkan Trump memakai topeng muka semasa lawatannya ke Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed awal bulan ini.

Ia dimuat naik selepas tiga bulan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) mengesyorkan penggunaan topeng muka di tempat awam.

Trump sebelum ini enggan memakai topeng muka ketika berdepan dengan khalayak sehingga seorang penasihat presiden mendesaknya agar memberi contoh kepada penyokongnya dengan memakai topeng muka ketika lawatan tersebut.

Beliau pernah mengejek calon presiden parti Demokrat, Joe Biden kerana memakai topeng muka dan mengatakan beliau tidak akan kelihatan sebagai seorang presiden sekiranya melakukan perkara yang sama. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!