Selangor serah pelan kewangan, perniagaan kepada PAAB, SPAN

Amirudin Shari berucap sewaktu Majlis Pelancaran Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di Bangunan SSAAS hari ini. - Foto:MOHD IZARI ROSLI
Amirudin Shari berucap sewaktu Majlis Pelancaran Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di Bangunan SSAAS hari ini. - Foto:MOHD IZARI ROSLI
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor telah menyerahkan pelan kewangan dan pelan perniagaan kepada Pengurusan Aset Air Sdn Bhd (PAAB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berhubung perkembangan kadar tarif air di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mana-mana pengendali syarikat air perlu menyerahkan dua pelan berkenaan kepada PAAB dan SPAN dengan menyatakan isu-isu dibangkitkan antaranya berkaitan penggantian paip, modal penukaran paip dan lain-lain.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu rasional dalam isu berkaitan kenaikan kadar tarif air di negeri ini dan bukannya hanya untuk meraih kepentingan politik semata-mata.

"Saya tak bermaksud untuk naikkan (tarif) air tapi kita ada pelan kita bila (untuk kenaikan) dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) hari ini.

Sebelum ini, Menteri Alam Sektiar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan tarif air dalam situasi rakyat terbeban dengan keadaan ekonomi dan situasi pandemik koronavirus (Covid-19) yang belum berakhir.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, buat masa ini kerajaan negeri masih tidak berhasrat untuk menaikkan kadar tarif air khususnya ketika penularan wabak Covid-19.

"Hasilnya kita kena bincang sebab sustainbility pengurusan air itu bukan Selangor sahaja tapi semua tempat agak bergantung kepada tarif.

"20 tahun bukan Selangor sahaja, Pahang, Perlis 30 tahun (tarif air) tak naik.

Artikel Berkaitan:

"Akhirnya, ia bebankan kepada pengguna apabila perkhidmatan itu tidak dapat disalurkan dengan baik. Itu asasnya," katanya.