18 tetamu majlis perkahwinan mati ditembak

Kaduna salah satu lokasi di Nigeria yang kerap tercetusnya keganasan sehingga menyebabkan pembunuhan. - Foto AFP
Kaduna salah satu lokasi di Nigeria yang kerap tercetusnya keganasan sehingga menyebabkan pembunuhan. - Foto AFP
A
A
A

KANO - Sekumpulan lelaki bersenjata membunuh 18 tetamu pada sebuah majlis perkahwinan di negeri Kaduna, utara negeri Nigeria, kata beberapa pegawai pada Isnin lalu.

Beberapa lelaki bersenjata yang menunggang motosikal menyerbu kampung Kukum-Daji di daerah Kaura, Kaduna lewat Ahad lalu dan melepaskan tembakan ke arah para tetamu, kata mereka.

"Lelaki-lelaki bersenjata membunuh 18 orang di sebuah parti dan mencederakan 30 yang lain, kebanyakannya golongan lelaki," kata ketua pentadbiran daerah, Bege Katuka Ayuba kepada AFP.

"Seramai 15 orang terbunuh di tempat kejadian manakala tiga lagi terkorban di hospital," ujarnya.

Masih tidak jelas siapa yang berada di belakang serangan itu tetapi ia merupakan kawasan panas keganasan antara kumpulan pengembala Muslim Fulani dengan petani etnik Kristian.

Jurucakap polis mengesahkan serangan tersebut tanpa memberikan sebarang angka kematian atau kecederaan.

"Terdapat laporan mengenai kehilangan nyawa dalam serangan tersebut tetapi kami tidak mempunyai angka kematian atau kecederaan," kata Mohammed Jalinge. - AFP

Artikel Berkaitan: