Imej Kristian di Hagia Sophia ditutup dengan tirai

Hagia Sophia akan dibuka sebagai masjid selepas mahkamah membatalkan dekri yang menjadikan ia sebagai muzium pada 1934.
Hagia Sophia akan dibuka sebagai masjid selepas mahkamah membatalkan dekri yang menjadikan ia sebagai muzium pada 1934.
A
A
A

ISTANBUL - Jubin yang menggambarkan imej tokoh Kristian di Hagia Sophia akan ditutup dengan tirai semasa solat, kata jurucakap presiden Turki, Ibrahim Kalin semalam.

Langkah itu diambil sementara kerja pemulihan bangunan bersejarah yang dibina pada abad keenam itu sebagai masjid sedang dijalankan.

Pada minggu lalu, pihak berkuasa Turki memberitahu mereka akan menutup jubin itu dengan tirai atau laser semasa solat pertama yang akan diadakan pada Jumaat ini.

Menurut Kalin, penutupan itu akan melibatkan jubin yang memaparkan imej Kristian yang berada pada arah kiblat.

Difahamkan, Hagia Sophia akan tetap dibuka kepada pelawat dan pelancong ketika luar waktu solat.

Kelmarin, Presiden Recep Tayyip Erdogan turut mengadakan lawatan mengejut bagi melihat perkembangan untuk membuka semula Hagia Sophia sebagai masjid selepas mahkamah pada minggu lalu membatalkan dekri yang menjadikan ia sebagai muzium pada 1934. - Agensi

Artikel Berkaitan: