Al Jazeera tiada lesen sah terbit dokumentari

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat penyiaran antarabangsa Al Jazeera International (Malaysia) Sdn Bhd (Al Jazeera) tidak mempunyai lesen pengeluaran filem untuk penerbitan dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'.

Menurut kenyataan daripada Unit Komunikasi Korporat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), syarikat itu juga tidak membuat permohonan untuk Surat Perakuan Penggambaran bagi membuat liputan dokumentari berkenaan.

"Finas akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan terhadap Al Jazeera.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 22(1) Akta Finas 1981 (Pindaan 2013), kerana menjalankan aktiviti perfileman iaitu menjalankan pengeluaran filem dokumentari tanpa lesen sah daripada Finas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata, syarikat penyiaran luar termasuk Al Jazeera perlu mendapat izin daripada Finas sebelum membuat penggambaran dokumentari atau filem.

ARTIKEL BERKAITAN - KKMM mulakan siasatan terhadap Al Jazeera

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tanpa lesen berkenaan, Al Jazeera bakal berdepan risiko termasuk kad akreditasi dibatalkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).

Syarikat berpangkalan di Doha, Qatar itu pada 3 Julai lalu menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani penularan Covid-19.

Susulan penyiaran berbaur fitnah itu, pihak polis telah memanggil pengendali Al Jazeera serta wartawan yang terlibat dalam penerbitan dokumentari itu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan yang dibuat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, selain Akta Komunikasi dan Multimedia.

Artikel Berkaitan: