Lelaki mati ketika selamatkan diri dari penyamun

Anggota bomba mengangkat keluar mayat mangsa yang ditemukan di dalam parit.
Anggota bomba mengangkat keluar mayat mangsa yang ditemukan di dalam parit.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam parit ketika cuba melarikan diri daripada disamun dalam kejadian berhampiran depoh Keret Api Tanah Melayu (KTM) Bukit Tengah di sini semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Bappi, 39, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah selain terdapat kesan luka di bahagian kepala dan tangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, sebelum kejadian mangsa bersama seorang rakannya berusia 32 tahun dalam perjalanan menuju ke sebuah bank untuk menghantar wang kepada keluarganya di kampung.

Menurutnya, mereka dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal dan cuba menyamun serta menyerang mereka dengan menggunakan objek keras.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Shafee berkata, mereka kemudiannya cuba melarikan diri dengan melompat pagar stesen kereta api.

"Bagaimanapun, disebabkan hilang kawalan kedua-dua mangsa terjatuh menyebabkan salah seorang meninggal dunia manakala seorang lagi pengsan.

"Setelah sedar daripada pengsan rakan mangsa yang cedera di kepada dan badan berlari ke kawasan asrama untuk meminta bantuan rakan-rakan yang lain dan menghubungi pihak polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian menemui mangsa dalam keadaan mengiring berada kira-kira tiga meter dalam parit berkenaan.

"Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. Setakat ini kita masih lagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.