X

Kindly register in order to view this article
!

Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bantu usahawan terjejas

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah membangunkan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 penerima khususnya mereka yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelan yang mengandungi 29 program jangka pendek dan sederhana di bawah enam strategi itu akan dilaksanakan dalam tempoh bermula Mei 2020 sehingga Mei 2021.

Selain itu katanya, kementerian berkenaan juga telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi memastikan usahawan mampu bertahan menghadapi impak pandemik tersebut.

"Antara inisiatif yang diambil dan dilaksanakan MEDAC menerusi agensi di bawah kementerian ialah penyediaan pembiayaan kepada usahawan, penjadualan semula pinjaman dan penangguhan moratorium pinjaman.

"Inisiatif lain ialah latihan serta bimbingan keusahawanan secara dalam talian dan pelaksanaan program berimpak tinggi," katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pas-Pasir Puteh) yang bertanyakan sama ada MEDAC mempunyai perancangan untuk memperkenalkan Program Pengekalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membantu melindungi pendapatan usahawan yang terjejas akibat Covid-19.

Menurut Dr Wan Junaidi, kementeriannya dan agensi di bawah mereka seperti Tekun Nasional, SME Corp, SME Bank, Bank Rakyat, UDA Holding, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Institut Koperasi Malaysia (IKM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) komited membantu usahawan di negara ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!