Skuad hoki negara tiada pemain berkualiti

Skuad negara didakwa tidak mempunyai permain berkualiti untuk bersaing dengan kuasa hoki dunia lain.
Skuad negara didakwa tidak mempunyai permain berkualiti untuk bersaing dengan kuasa hoki dunia lain.
A
A
A

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) perlu memahami realiti dan melihat dengan mendalam kegagalan demi kegagalan skuad hoki negara dalam usaha mencabar pasukan gergasi hoki dunia.

Bekas pemain hoki kebangsaan Maninderjit Singh berkata, masalah utama dihadapi sukan hoki negara ini adalah tidak mempunyai pemain yang berkualiti yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Mengapa pasukan Malaysia tidak mendapat keputusan yang baik adalah kerana kita tidak mempunyai pemain hoki berkualiti antarabangsa yang boleh membawa kejayaan dengan mengalahkan pasukan terbaik dunia.

“Itulah kenyataan sebenarnya. KHM perlu mencari bakat baharu dari peringkat sekolah lagi dan mengkaji cara membantu pemain kita supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Seperti yang saya katakan, kita mempunyai banyak pemain kebangsaan tetapi sangat sedikit dengan kualiti antarabangsa,” katanya.

Sebelum ini, KHM melakukan penstrukturan semula skuad hoki senior dan remaja wanita negara yang digabungkan dalam satu pasukan yang dikenali sebagai Projek Khas Sukan Asia 2026.

Selain pasukan hoki wanita, pasukan remaja lelaki negara turut diletakkan di bawah Projek Khas Sukan Asia 2026 yang akan diselia oleh pengarah teknikal baharu KHM yang akan dilantik pada 1 September.

Mengulas lanjut, kata Maninderjit, penstrukturan semula itu tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi skuad negara selain menyifatkan ia hanya perubahan 'kosmetik' semata-mata.

“Sejak tahun 2015 hingga sekarang, pendekatan,metodologi trial and error telah diterapkan. Mereka melantik lapan perunding dari luar negara dan gagal dengan teruk sekali gus membelanjakan dana tanpa hasil yang diinginkan.

Artikel Berkaitan:

“Setelah gagal meraih emas di Sukan Asia 2018, mereka membawa Roelant Oltmans untuk membawa pasukan hoki lelaki negara ke Olimpik Tokyo melalui perlawanan playoff menentang Great Britain dan Malaysia kalah teruk.

“Saya juga ingin bertanya, di manakah laporan post mortem kegagalan skuad negara itu? Sehingga saat ini masih tidak ada,” katanya.