Wanita cari bapa untuk jadi wali nikah

Kamarudin Tajudin
Kamarudin Tajudin
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita mencari bapa kandungnya supaya dapat menjadi wali berikutan akan melangsungkan pernikahan minggu depan.

Nuralina Kamarudin, 36, berharap dapat menemui lelaki tersebut secepat mungkin bagi melancarkan majlis pernikahannya bersama pasangannya, Muhamad Hakimie Aziz Mior pada 26 Julai depan.

Kakitangan perkhidmatan sokongan hospital dari Kampung Seberang Marang itu berkata, dia terputus hubungan dengan bapanya, Kamarudin Tajudin selepas ibu bapanya bercerai.

“Kali terakhir saya berjumpa ayah adalah pada tahun 2001. Selepas ibu dan ayah bercerai, saya tinggal dengan nenek di Sabah. Kemudian saya datang ke Semenanjung lalu bekerja di Terengganu. Kami terputus hubungan sehingga sekarang.

“Saya ada balik ke Sabah pada Februari lalu bertanyakan ahli keluarga mengenai ayah tapi mereka juga tidak tahu. Saya kini buntu di mana mahu mencari ayah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sehubungan itu, dia berharap dapat segera menemui bapanya yang sebelum ini tinggal di Kampung Sebulan, Kota Kinabalu, Sabah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Kamarudin boleh menghubungi Nuralina di talian 010-8497794.

Artikel Berkaitan: