Lelaki hilang ketika mandi di Pantai Lido

Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki hilang di Pantai Lido, Johor Bahru, malam tadi.
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki hilang di Pantai Lido, Johor Bahru, malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki hilang dipercayai lemas ketika mandi berhampiran laluan pejalan kaki di KFC Stulang Laut, Pantai Lido di sini semalam.

Dalam kejadian jam 5.53 petang, Ong Yen Suan, 37, pada mulanya dilihat mandi di kawasan persisiran pantai sahaja sebelum berenang ke tengah laut sejauh 200 meter dari pesisir pantai.

Komander operasi, Timbalan Penguasa Bomba 1 Mohd Suhaimi Abd Jamal berkata, mereka dibantu satu jentera Fire Rescue Team (FRT), sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM).

Pencarian bermula petang semalam selepas bomba menerima maklumat seorang lelaki hilang dipercayai lemas di Pantai Lido, Johor Bahru.
Pencarian bermula petang semalam selepas bomba menerima maklumat seorang lelaki hilang dipercayai lemas di Pantai Lido, Johor Bahru.

Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa membabitkan satu utiliti van, satu utiliti Toyota Hilux dan satu unit bot aluminium.

"Bomba juga dibantu 10 anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dan sehingga tengah malam tadi operasi terus dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, SAR disambung semula pada hari ini dengan meluaskan kawasan pencarian.

Artikel Berkaitan: