Cabaran besar sekolah kekang penularan Covid-19

Pelajar tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka di kawasan sekolah.
Pelajar tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka di kawasan sekolah.
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak sekolah khususnya guru perlu memainkan peranan lebih efektif dalam memastikan pelajar sentiasa mematuhi penjarakan sosial berikutan kerajaan menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan.

Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Doktor Kesihatan Am Hospital Kasih Cyberjaya, Dr Hanafiah Bashirun berkata, keputusan kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka adalah cabaran besar buat pihak sekolah khususnya sekolah rendah bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Biarpun mengakui penjarakan sosial dan kebersihan tangan sudah memadai, Dr Hanafiah berkata, ia tidak menjamin pematuhan pelajar terhadap normal baharu tersebut.

 Dr Hanafiah Bashirun
Dr Hanafiah Bashirun

“Jika pelajar sekolah menengah mungkin mudah untuk mereka faham jaga jarak tapi untuk murid sekolah rendah, guru kena sentiasa pantau.

“Sifat kanak-kanak mereka suka berkawan dan bermain. Bercakap pun di depan muka. Tidak wajar kalau nak tunggu ada simptom, baru nak pakai pelitup muka. Bahkan mereka yang ada wabak pun mungkin tiada simptom dan boleh menjangkiti orang lain,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemakaian pelitup muka untuk warga sekolah tidak diwajibkan

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, penjagaan jarak fizikal dan kebersihan tangan adalah memadai untuk mencegah jangkitan di sekolah.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perkara itu mengambil kira risiko jangkitan bagi golongan pelajar adalah sangat rendah berbanding dewasa.

“Ini berbeza dengan prosedur operasi standard (SOP) masjid yang mewajibkan jemaah memakai pelitup muka kerana usia warga emas berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi serius sekiranya dijangkiti,” katanya.