X

Kindly register in order to view this article
!

'Fokus kepentingan rakyat, bukan taksub layan pertanyaan calon PM'

Kenyataan dimuat naik Nik Nazmi di laman sosial Facebook miliknya hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Wakil rakyat dari Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak taksub melayan pertanyaan mengenai calon Perdana Menteri mewakili pakatan itu pada persidangan Parlimen kali ini.

Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, wakil rakyat PH sebaliknya perlu memainkan peranan penting dengan membahaskan dan membantu rakyat dengan masalah-masalah membelenggu mereka sejak dahulu seperti pekerjaan, pendidikan dan penyediaan peluang meningkatkan taraf kehidupan yang lain.

Menurutnya, rakyat sudah muak dengan pertikaian perebutan jawatan tertinggi kerajaan itu yang sehingga kini tiada penghujung.

"Ketua Pembangkang telah dipilih, malah masing-masing telah menyatakan pendirian. Kita perlu hormati.

"Tugas wakil rakyat perlu bahaskan dan membantu rakyat dengan masalah-masalah yang membelenggu sejak dahulu seperti pekerjaan, pendidikan dan sediakan peluang-peluang yang lain.

"Justeru, wakil rakyat PH diingatkan jangan taksub dengan pertanyaan calon Perdana Menteri, sebaliknya memfokuskan kepada kepentingan rakyat daripada perebutan jawatan terutama dalam keadaan rakyat yang getir ketika ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Nik Nazmi berkata, wakil rakyat juga perlu bertanggungjawab menjadi semak dan imbang kepada kerajaan supaya dasar-dasar kerajaan dilaksanakan.

"Rakyat menyokong dan memberi mandat kepada Pakatan Harapan kerana Buku Harapan dan janji PH yang tidak akan mentadbir negara seperti (kerajaan) Barisan Nasional yang penuh dengan rasuah," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!