Maut dirempuh kereta ketika melintas jalan

No Image Caption
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang warganegara China maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi berkata, dalam kejadian kira-kira 5.40 pagi itu mangsa yang maut dikenali sebagai Zhu Ming Fu berusia 65 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya Ming Fu yang juga penjalan kaki sedang melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah Mutiara Rini menghala ke Bukit Indah.

“Mangsa dipercayai tercampak ke kiri jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah di bahagian kepala dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, setakat ini tiada saksi bebas yang dikesan bagi membantu siasatan selain kawasan kemalangan juga tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: