Kenapa cari pasal?

A
A
A

AWANG dah sebut sebelum ini, cubaan menukar Speaker Dewan Rakyat tidak menguntungkan kerajaan Tan Sri Perdana Menteri. Usul untuk memaksa mantan Speaker, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatan diluluskan dengan kemenangan hanya dua undi.

Dalam sidang akhbr bersama, Timbalan Speaker, Nga Kor Ming melepaskan jawatannya sebelum usul memaksa beliau berundur dibawakan di Dewan. Kata beliau, tindakan itu diambil atas dasar prinsip dan solidariti di belakang Tan Sri mantan Speaker.

Kemenangan tipis itu sebetulnya tidak memeranjatkan. Selama ini cuma orang keliling Tan Sri Perdana Menteri yang begitu yakin sokongan pada kerajaan semakin kuat. Kononnya ahli-ahli Dewan Rakyat akan beri sokongan pada usul itu.

Nampaknya jangkaan itu terpesong. Awang teringat nasihat seorang veteran UMNO dalam soal berkenaan. Katanya, politik macam jentera, kalau semuanya baik, jangan kacau. Baiki mana yang rosak, yang elok kekalkan.

Kenapa nak cari pasal? Nak kata lantikan beliau dibuat pada era kerajaan PH, orang yang ganti beliau pun dilantik ke SPR oleh kerajaan PH.

Awang rasa Tan Sri mantan Speaker telah jalankan tugas dengan baik selama dua tahun ini. Awang tahu, banyak ahli Parlimen PN yang diam-diam tak setuju dengan usul itu.

Tan Sri mantan Speaker pun jelaskan beliau tak ada masalah berundur ‘jika Perlembagaan Malaysia dipatuhi’.

Artikel Berkaitan: