Bubar Parlimen untuk pastikan kerajaan PN kuat


Sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam.
Sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa segera membubarkan Parlimen bagi memastikan semua urus tadbir negara dan dasar-dasar kerajaan dapat diputuskan dengan baik.

Exco Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, kerajaan pada hari ini tidak begitu kukuh sehingga menyukarkan segala urus tadbir negara dan dasar-dasar kerajaan untuk dilaksanakan.

"Saya khuatir dan bimbang jika ada dalam kalangan Menteri dan kepimpinan kerajaan PN pada hari ini tidak ikhlas bersama PN seolah- olah tubuh badan di PN tetapi pemikiran masih lagi cara Pakatan Harapan (PH).

"Jadi, adalah lebih baik, jika kembalikan mandat kepada rakyat. Biar rakyat memilih dan ini semua bagi membentuk kerajaan yang lebih stabil dan kuat," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Sementara itu mengulas mengenai Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu bagi menggantikan Nga Kor Ming dengan mendapat undian 111 berbanding pihak pembangkang 109 undi boleh disifatkan undian pertukaran Speaker Dewan Rakyat di Parlimen semalam itu begitu tipis.

Menurutnya, keputusan undian seumpama itu akan menyukarkan lagi proses demokrasi serta keharmonian di dalam Dewan Rakyat.

"Speaker akan berhadapan situasi dan suasana yang amat sukar dalam mengendalikan Sidang Dewan Rakyat kali ini dan jika dilihat semalam sidang Parlimen seolah-olah seperti pasar malam dan sarkas," katanya.

Artikel Berkaitan: