Dua helikopter bawa keluar 101 pelajar Orang Asli

Antara pelajar dari Pos Simpor yang dibawa keluar menggunakan helikopter.
Antara pelajar dari Pos Simpor yang dibawa keluar menggunakan helikopter.
A
A
A

GUA MUSANG - Seramai 101 pelajar Orang Asli yang terkandas di lima pos pedalaman dibawa keluar menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pos pedalaman yang terlibat adalah Pos Simpor, Pos Gob, Pos Belatim, Pos Balar dan Pos Bihai iaitu melibatkan 15 buah perkampungan.

Dua helikopter, AW139 dan A109A, berlepas dari padang Pusat Sivik, di sini, pada jam 10 pagi tadi.

Program Fly With Me yang mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa), JBPM dan Jabatan Pendidikan Negeri merupakan alternatif terakhir bagi membolehkan pelajar Orang Asli memulakan sesi persekolahan kerana laluan darat rosak teruk.

Operasi yang memasuki tahun keempat itu dijangka memakan tempoh tiga hari bermula hari ini.

Artikel Berkaitan: