X

Kindly register in order to view this article
!

Nuklear Malaysia tawar khidmat kepakaran aplikasi sains

Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) menawarkan khidmat kepakaran aplikasi sains dan teknologi (S&T) dalam pelbagai sektor ekonomi kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, bagi tujuan itu sebanyak tiga program utama ditawarkan iaitu konsultasi dan kerjasama, khidmat kepakaran teknikal dan latihan.

Menurutnya, bidang kepakaran Nuklear Malaysia merangkumi pelbagai sektor terutamanya sektor industri, pertanian dan perubatan.

"Program latihan ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat dan golongan belia," katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) berkenaan program yang disediakan Nuklear Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran teknikal berteraskan S&T nuklear kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, Khairy turut memaklumkan sehingga kini sebanyak 50, 988 peserta telah dilatih oleh Nuklear Malaysia.

"Nuklear Malaysia juga merupakan penyedia latihan dalam bidang sains dan teknologi nuklear yang telah berdaftar di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) sejak tahun 1996," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!