Tugas khas menanti Radhi dalam KFA

Radhi (tiga dari kanan) pada ucapan aluan-aluannya sebagai Naib Presiden KFA di Wisma Darul Aman hari ini.
Radhi (tiga dari kanan) pada ucapan aluan-aluannya sebagai Naib Presiden KFA di Wisma Darul Aman hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Satu tugas khas menanti Naib Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Radhi Mat Din dalam membantu pengurusan untuk mempertingkatkan lagi kemampuan pasukan Hijau Kuning.

Presiden baharu KFA, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pengalaman luas legenda bola sepak Kedah itu diharapkan akan dapat membantu persatuan itu untuk lebih berjaya selepas ini.

"Perancangan tugas buatnya sudah ada, tetapi saya belum mahu umum lagi. Ada kejutan untuk Radhi. Beliau berpengalaman luas di dalam sukan bola sepak bukan sahaja di Kedah tetapi juga peringkat kebangsaan.

"Beliau seorang legenda dalam sukan ini, sudah tentu banyak pengalaman yang boleh membantu KFA. Terima kasih kepada Radhi kerana sanggup menerima pencalonan sebagai Naib Presiden KFA," kata beliau pada sidang akhbar pertama selaku Presiden baharu KFA di Wisma Darul Aman hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN - MB Kedah, Radhi sah perkuat pengurusan KFA

Muhammad Sanusi berkata, beliau melihat kemasukan Radhi ke dalam KFA sebagai kombinasi yang terbaik dalam usaha mengembalikan kegemilangan Lang Merah.

Sementara itu, mengulas mengenai tunggakan gaji pemain Kedah, Muhammad Sanusi berkata, beliau akan bermesyuarat dalam masa terdekat bersama Mesyuarat Eksekutif KFA untuk melihat dan mendengar secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan: