X

Kindly register in order to view this article
!

Op Alkohol: Enam pemandu mabuk ditahan

Antara pengguna jalan raya yang sedang menjalani ujian kandungan alkohol pada Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya awal pagi ini.
A
A

PETALING JAYA - Seramai enam lelaki ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk menerusi Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 22 hingga 41 tahun itu ditahan dalam operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi.

"Seramai 252 pengguna jalan raya dan 217 kenderaan diperiksa dalam operasi itu.

"Enam individu itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 42 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi tersebut.

"Kesemua individu yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 45(A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus