Penunggang motosikal leka guna telefon bimbit maut kemalangan

Mayat mangsa dijumpai di bawah jambatan tersebut.
Mayat mangsa dijumpai di bawah jambatan tersebut.
A
A
A

BANGKOK - Seorang lelaki yang leka menggunakan telefon bimbit maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan terjatuh dari jambatan dengan ketinggian 10 meter di Bangkok, Thailand, lapor polis semalam.

Menurut polis, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan berhampiran mendapati mangsa, Kiatpong, 43, yang menunggang motosikal Honda itu didakwa dikatakan mengawal kenderaannya sebelum terjatuh dari jambatan Rama 3 itu.

"Pasukan polis dan penyelamat telah dikejarkan ke kawasan di bawah jambatan tersebut dan menemui mayat mangsa.

"Dipercayai mangsa merupakan penghantar barang berdasarkan sebuah kotak yang terdapat di bahagian belakang motosikalnya," kata polis.

Menurut seorang saksi, lelaki itu meninggal dunia serta-merta selepas terjatuh dari jambatan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: