X

Kindly register in order to view this article
!

JPPM sahkan Azmin tidak ada mohon tubuh parti baharu

Mohamed Azmin
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan bahawa pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan menubuhkan parti politik baharu dari Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

JPPM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah melakukan semakan rekod mengenai permohonan pendaftaran pertubuhan dan berdasarkan semakan, tiada permohonan dibuat ahli politik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin tolak dakwaan tubuh parti baharu

Jabatan itu berkata kenyataan itu dibuat kerana pihaknya telah menerima beberapa pertanyaan daripada pihak media bagi mendapatkan pengesahan, sekiranya ada permohonan bagi menubuhkan parti politik baharu dari Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mohamed Azmin yang merupakan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini telah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menubuhkan parti politik baharu.

Beliau mengumumkan keluar dari PKR pada bulan Februari lepas, dan kini merupakan Ahli Parlimen Bebas. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus