15 pasangan asyik bermadu kasih di jambatan angkat diberi amaran

Sebahagian daripada 15 pasangan yang dicekup ketika asyik melepaskan rindu di sekitar jambatan angkat. - Foto Skuad Amar
Sebahagian daripada 15 pasangan yang dicekup ketika asyik melepaskan rindu di sekitar jambatan angkat. - Foto Skuad Amar
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Pegawai Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu memberi amaran kepada 15 pasangan kekasih yang sedang melepaskan rindu di sekitar jambatan angkat (drawbridge) dalam operasi mencegah maksiat di sekitar kawasan itu.

Kesemua mereka juga gagal mengemukakan dokumen perkahwinan ketika operasi yang dilakukan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar) itu.

Penasihat Skuad Amar, Yusof Abdul Hadi berkata, sepasang kekasih turut ditahan kerana dikesan melakukan perbuatan tidak bermoral.

"Skuad Amar tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan tetapi kita serahkan kepada pejabat agama daerah.

"Kita bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan kepada masyarakat supaya menjaga tingkah laku tempat awam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Antara poster yang ditampal di sekitar drawbridge untuk memberi peringatan kepada orang ramai supaya menjauhi perbuatan tidak sopan serta kesalahan dibawah jenayah syariah. - Foto Skuad Amar
Antara poster yang ditampal di sekitar drawbridge untuk memberi peringatan kepada orang ramai supaya menjauhi perbuatan tidak sopan serta kesalahan dibawah jenayah syariah. - Foto Skuad Amar

Menurutnya, selain melakukan pencegahan aktiviti maksiat dan perbuatan tidak bermoral pasukan itu juga mengedarkan risalah dan menggantung poster berkaitan kesalahan jenayah syariah untuk memberi kesedaran kepada mereka yang berkunjung di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau memberitahu, Skuad Amar melakukan rondaan secara berkala terutama pada hujung minggu atau hari cuti umum di lokasi tumpuan orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Operasi antara jam 11 malam hingga itu 2.30 pagi itu mendapat kerjasama seramai 20 anggota termasuk Pegawai Penguatkuasa Syariah serta Sukarelawan Amar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.