X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga warga emas maut nahas

Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Temerloh-Bahau dekat Bera awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga maut apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar tembok di Kilometer 26, Jalan Temerloh-Bahau dekat Bera hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Chew Ah Deck @ Chew Chin Teck, 71, dari Taman Triang Jaya, Triang, Bera disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintenden Kamarulzaman [email protected] Daud berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios dipercayai dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Bahau.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika melalui laluan berselekoh lalu terbabas ke kiri sebelum melanggar tembok longkang.

"Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamarulzaman berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus