Fernandes, Rashford kongsi tanggungjawab

Fernandes ketika mengambil sepakan penalti semasa menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur pada Jun lalu.
Fernandes ketika mengambil sepakan penalti semasa menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur pada Jun lalu.
A
A
A
Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menaruh keyakinan tinggi terhadap Marcus Rashford dan Bruno Fernandes apabila kedua-duanya diberikan tanggungjawab menyempurnakan sepakan penalti The Red Devils.

“Saya sungguh yakin dengan kedua-dua pemain ini. Saya tidak bimbang dengan keupayaan mereka kerana mereka telah membuktikannya dengan rekod masing-masing sebelum ini.

“Cuma apabila di padang nanti, mereka yang perlu buat keputusan, giliran siapa pula yang akan mengambilnya penalti,” katanya.

Rashford menyempurnakan tujuh sepakan penalti sebelum ini selain hanya gagal dua kali iaitu ketika aksi berdepan Norwich City dan Crystal Palace manakala Fernandes pula menyempurnakan kesemua tiga sepakan penaltinya ketika berdepan Tottenham Hotspur, Watford dan Club Brugge ketika Rashford mengalami kecederaan.

Bintang Portugal itu juga telah menyempurnakan enam lagi sepakan penalti musim ini ketika beraksi dengan Sporting Lisbon.

Sementara itu, Solksjaer berkata, kedua-dua pemain berkenaan akan terus diberikan tanggungjawab berkenaan pada perlawanan seterusnya.

“Ia akan menjadi satu tanggungjawab yang mereka perlu berkongsi sekali lagi. Siapa yang lebih yakin, dia yang akan menyempurnakan sepakan berkenaan.

“Lihat sahaja sepakan Fernandes ketika menentang Tottenham. Rasanya Rashford akan diberikan tanggungjawab seterusnya.

“Saya sangat yakin dengan kedua-duanya. Jangan bimbang, mereka hanya perlu buat keputusan dan kemudian sempurnakan sepakan penalti,” katanya.
Artikel Berkaitan: