X

Kindly register in order to view this article
!

Warga Bangladesh didenda ceroboh Hutan Simpan Sungai Kial

Md Faruk (tengah) didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub selepas mengaku bersalah menceroboh tanah di Hutan Simpan Sungai Kial, Cameron Highlands Selasa lalu.
A
A

KUANTAN - Seorang pekebun warga Bangladesh didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub hari ini atas tuduhan menceroboh tanah tanpa kebenaran untuk menanam pokok cili di Hutan Simpan Sungai Kial, Cameron Highlands Selasa lalu.

Hakim, Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Md Faruk Hussain, 44, mengaku bersalah pertuduhan dihadapkan ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Mengikut pertuduhan, Md Faruk didakwa menceroboh dengan membajak tanah tanpa kebenaran dengan menanam 1,800 pokok cili di Hutan Simpan Sungai Kial, Cameron Highlands pada 7 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 81(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1984 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh didenda sebanyak RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Afidatul Kamarulanar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sebelum itu, Afidatul memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada sesiapa sahaja yang sesuka hati menyebabkan kerosakan hutan sekaligus menjejaskan ekosistem alam.

Bagaimanapun tertuduh dilihat membayar denda terbabit.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus