Pemilik rumah degil dikenakan tindakan

Kerja-kerja pengubahsuaian di rumah berkenaan dihentikan sekali lagi oleh DBKL.
Kerja-kerja pengubahsuaian di rumah berkenaan dihentikan sekali lagi oleh DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat laporan polis ke atas seorang pemilik kediaman kerana masih berdegil meneruskan pengubahsuaian di rumahnya di sekitar Seksyen 2, Bandar Baru Wangsa Maju.

Sebelum ini, pemilik DBKL telah meletakkan tali pita di kediaman berkenaan bagi menghentikan kerja-kerja pengubahsuaian tambahan tanpa kelulusan itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pemantauan oleh anggota DBKL pada Rabu lalu mendapati pemilik rumah berkenaan telah mengalihkan pita berkenaan dan meneruskan kerja-kerja pembinaan itu.

"Tindakan ini melanggar arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Hisham berkata, satu notis henti kerja telah dikeluarkan sekali dan satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Wangsa Maju berhubung perkara itu.

Beliau berkata, sekiranya pemilik terlibat masih berdegil, DBKL akan mengambil tindakan mahkamah.

Artikel Berkaitan: