Polis siasat kes ragut dua beranak tular

Kes ragut membabitkan dua mangsa di Jalan Perumahan Taman Aman Sekinchan tular sejak semalam.
Kes ragut membabitkan dua mangsa di Jalan Perumahan Taman Aman Sekinchan tular sejak semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes ragut membabitkan seorang wanita dan anaknya berusia 11 tahun di Jalan Perumahan Taman Aman Sekinchan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang semalam mengakibatkan wanita berusia 42 tahun itu mengalami patah pada bahagian pergelangan tangan kiri dan bahu kanan

Menurutnya, wanita itu dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut dan suami kepada mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

"Hasil siasatan mendapati mangsa kehilangan telefon bimbit," katanya.

Sebelum ini tular di laman sosial Facebook berhubung kejadian ragut membabitkan dua beranak terbabit.

Artikel Berkaitan: