APM tangkap tedung selar 4.5 meter panjang

Nik Mohd Nor (lima,kanan) bersama anggotanya menunjukkan ular tedung selar yang berjaya ditangkap mereka.
Nik Mohd Nor (lima,kanan) bersama anggotanya menunjukkan ular tedung selar yang berjaya ditangkap mereka.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki menemui seekor ular tedung selar sepanjang 4.5 meter berhampiran kawasan rumahnya di Kampung Permatang Sungkai, di sini semalam.

Reptilia seberat 30 kilogram (kg) itu ditemui Mohd Zahari Mohammad, 53, di dalam kerek telaga di bawah tangki air ketika sedang menebas semak-samun berdekatan rumahnya.

Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes berkenaan pada jam 1.10 petang.

"Seramai empat anggota penyelamat dikerah ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menangkap reptilia berbisa itu," katanya.

Menurutnya, APM Pasir Puteh mengambil masa selama 18 minit untuk menangkap ular tersebut dan tangkapan itu merupakan ular tedung selar yang terbesar untuk tahun ini

Artikel Berkaitan: